Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, Terengganu menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti menyeleweng minyak diesel.
Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata dalam tangkapan itu, pihaknya merampas 46 ribu liter minyak diesel dan sebuah kapal pelancongan dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak 387,270 ribu ringgit.